Penaja Kami

PENGUMUMAN

Monday, February 4, 2013

Kuala Gandah

Kuala Gandah (Pusat Konservasi Gajah )

Tempat yang menarik kali ini cintatravel akan berkongsi bersama ialah Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menagkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
 
 
 
 
 
Lokasi Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah
 
Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah terletak di Temerloh dengan jaraknya dari Pekan Temerloh sejauh 49.1 km. Manakala dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama 2 jam lebih melalui Lebuh Raya Pantai Timur - Kuantan.
 
Masa Beroperasi
 
8.00 pagi hingga 4.30 petang temasuk cuti umum
 
Jadual Aktiviti Pelawat
Pelawat digalakkan menyertai aktiviti di PKGK yang akan bermula dari jam 10.30 pagi.



Aktiviti
10.30 pagi – 12.00 tengahari

MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL INTERPRETASI:

Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.

 1.30 petang

MENONTON TAYANGAN VIDEO

Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.


2.15 petang

GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT

Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.

2.45 -3.15 petang

PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI

Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.

Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.

Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan.