Penaja Kami

PENGUMUMAN

Monday, June 28, 2010

Kuala Lipis


Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama. Ia juga boleh dikatakan menjadi penempatan terawal di Pahang. Kedudukannya juga amat strategik iaitu di pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis.

Kuala Lipis dahulunya pusat perlombongan emas sebelum British tiba pada 1887. Pada 1898 ia menjadi ibu negeri Pahang sehingga 1953.

Semasa zaman ini, bangunan penjajah utama, seperti Pejabat Daerah dan SMK Clifford yang pernah mendidik tokoh negara tersergam indah, dan Pahang Club telah dibina. Rumah Residen British di atas bukit sekarang ini menjadi hotel dan muzium.

Bandar ini membesar dan maju selepas pembinaan landasan kereta api pada 1924. Walaubagaimanapun, pada 1953, ibu negeri telah berpindah ke Kuantan, dan Kuala Lipis tidak lagi pesat membangun. Ia sekarang menjadi peringatan zaman silam.

Walaupun begitu beberapa institusi pendidikan baru seperti Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, dan Maktab Rendah Sains Mara telah dibina. Sebuah bandar baru di seberang sungai Jelai sudah dibina dan mula beroperasi. Kuala Lipis juga merupakan daerah Parlimen Allayarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua, bapa kepada Perdana Menteri Malaysia terkini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,Allayarham Tun Muhammad Ghazali Shafie dan juga tempat asalnya penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza.

Tempat-tempat Menarik Dan Bersejarah

  • Bandar lama Kuala Lipis.
  • Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris).
  • Pejabat daerah kuala lipis
  • Landasan kereta api.
  • SRK Clifford
  • SMK Clifford(1913)
  • Hutan Lipur Kenong

Taman Rimba Kenong

Merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur.

Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit.

Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.

Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.

Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.

Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.

Disamping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang.

Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah:

  • Jelajah Gua Batu Kapur
  • Interpretasi Sumber
  • Berkelah / Berenang
  • Fotografi
  • Aktiviti Tali
  • ‘Cave Tubing”
  • Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak
  • Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
  • Jalajah Gunung
  • Perkhemahan

Kemudahan sedia ada:

  • Tempat letak kereta
  • Jambatan Gantung
  • Pusat Penerangan
  • Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah
  • Papan-papan tanda dan papan tanda pokok
  • Chalet dan dormitori
  • Tapak perkhemahan
  • Kemudahan tandas
  • Denai hutan / Denai interpretasi


Sunday, June 27, 2010

Gunung Stong



Gunung Stong

Taman Negeri Gunung Stong terletak di Kelantan dan tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia.

Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna, dan gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.

Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air bagi Sungai Kelantan dan memainkan peranan penting sebagai kawalan sewaktu musim banjir dan kemarau.

Antara tarikan di sini ialah air terjun Jelawang, setinggi tujuh tingkat dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia.

Haiwan yang ditemui di sini termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.

Pengangkutan

Keretapi
Dari stesyen KL Sentral Station, keretapi ke utara ke Kelantan anda melalui beberapa penempatan kecil termasuk Dabong. Dari sini, anda boleh menyeberangi Sungei Galas menuju ke Jelawang, yang hanya terletak 3 km jauh.

Kereta
Dari Kuala Lumpur, ambil lebuh raya Utara Selatan (PLUS) menuju utara dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar. Dari sini, ambil laluan ke Gerik dan terus ke lebuh raya Timur-Barat menuju Jeli. Di pekan Jeli, ikut Laluan 66 ke Dabong.

Kereta
Ambil lebuh raya Pantai Timur dari KL ke Bentong. Dari sini, ikut Laluan 8 ke Gua Musang, dan kemudian ambil Laluan D29 ke Dabong.

Bot
Ambil bot di Kuala Krai menuju ke Dabong/ Jelawang. Perjalanan mengambil masa sejam.

Saturday, June 26, 2010

Rantau Abang





Rantau Abang

Satu lagi tempat yang sepatutnya termasuk di dalam jadual percutian pelancong ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.

Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan kadangkala seberat lebih dari 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.

Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.

MENARIK MENGENAI PENYU


Penyu adalah kura-kura laut. Penyu ditemukan di semua samudra di dunia. Menurut data para ilmuwan, penyu sudah ada sejak akhir zaman Jura (145 - 208 juta tahun yang lalu) atau seusia dengan dinosaurus. Pada masa itu Archelon, yang berukuran panjang badan enam meter, dan Cimochelys telah berenang di laut purba seperti penyu masa kini.

Penyu memiliki sepasang tungkai depan yang berupa kaki pendayung yang memberinya ketangkasan berenang di dalam air. Walaupun seumur hidupnya berkelana di dalam air, sesekali hewan kelompok vertebrata, kelas reptilia itu tetap harus sesekali naik ke permukaan air untuk mengambil napas. Itu karena penyu bernapas dengan paru-paru. Penyu pada umumnya bermigrasi dengan jarak yang cukup jauh dengan waktu yang tidak terlalu lama. Jarak 3.000 kilometer dapat ditempuh 58 - 73 hari.

Penyu Bertelur

Penyu mengalami siklus bertelur yang beragam, dari 2 - 8 tahun sekali. Sementara penyu jantan menghabiskan seluruh hidupnya di laut, betina sesekali mampir ke daratan untuk bertelur. Penyu betina menyukai pantai berpasir yang sepi dari manusia dan sumber bising dan cahaya sebagai tempat bertelur yang berjumlah ratusan itu, dalam lubang yang digali dengan sepasang tungkai belakangnya. Pada saat mendarat untuk bertelur, gangguan berupa cahaya ataupun suara dapat membuat penyu mengurungkan niatnya dan kembali ke laut.

Penyu yang menetas di perairan pantai Indonesia ada yang ditemukan di sekitar kepulauan Hawaii. Penyu diketahui tidak setia pada tempat kelahirannya.

Tidak banyak regenerasi yang dihasilkan seekor penyu. Dari ratusan butir telur yang dikeluarkan oleh seekor penyu betina, paling banyak hanya belasan tukik (bayi penyu) yang berhasil sampai ke laut kembali dan tumbuh dewasa. Itu pun tidak memperhitungkan faktor perburuan oleh manusia dan pemangsa alaminya seperti kepiting, burung dan tikus di pantai, serta ikan-ikan besar begitu tukik tersebut menyentuh perairan dalam.

Di tempat-tempat yang populer sebagai tempat bertelur penyu biasanya sekarang dibangun stasiun penetasan untuk membantu meningkatkan tingkat kelulushidupan (survival). Di Indonesia misalnya terdapat stasiun penetasan di:

  • Pantai selatan Jawa Barat (Pangumbahan, Cikepuh KSPL Chelonia UNAS)
  • pantai selatan Bali (di dekat Kuta)
  • Kalimantan Tengah (Sungai Cabang FNPF)
  • pantai selatan Lombok
  • Jawa Timur (Alas Purwo)
  • Bengkulu (Retak ilir Muko-muko)

Tips

Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur.

Pengangkutan

Jalan Darat (Bas)
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.

Talian Yang Boleh Anda Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan

Terdapat dua buah rumah tumpangan yang ringkas tetapi selesa terletak di tepi pantai. Anda juga boleh membuat lawatan sehari ke sini dari Kuala Terengganu di mana anda mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan.



Tuesday, June 22, 2010

Bukit Fraser

Bukit Fraser

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.
Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.
Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.
Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan.Anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti ketika berada di Bukit Fraser. Antaranya, bermain golf di padang golf 9-lubang di Kelab Golf DiRaja Bukti Fraser atau padang golf 18-lubang di Fraser's Hill Golf & Country Club.

Selain itu, anda boleh pergi memancing dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau yang sungguh sejuk dan nyaman.


Tips

eboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda apat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat

Pengangkutan

Kereta
Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat.

Bas
Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser.

Talian Yang Boleh Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Pahang di talian : +609-517 7113 / 7115

Penginapan

Terdapat beberapa buah hotel bertaraf 2 atau 4-bintang di Bukit Fraser. Di sini tidak terdapat sebarang tempat penginapan seperti asrama untuk pengembara tetapi pelawat boleh berkhemah di sini.

Saturday, June 19, 2010

Sunway Lagoon


Nikmatilah pelbagai keindahan dan keseronokan di taman tema air yang terletak di pingiran Bandar Sunway. Setiap bahagian taman tema menawarkan daya tarikan yang hebat. The Waters Afrika mengambil satu perjalanan fantasi ke padang gurun di benua ini. The Wild Wild West menyediakan pengangkutan anda ke sebuah bandar koboi, di mana pengembaraan akan menanti anda. Menikmati keindahan pemandangan laguna dari seluruh taman tema dengan menaiki jambatan gantung terpanjang didunia.

Tuesday, June 15, 2010

Cameron Highlands

Cameron Highlands

Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti untuk anda nikmati di Tanah Tinggi Cameron, pusat peranginan tanah tinggi yang terbesar di Malaysia.

Bersiar-siar melalui perkampungan yang menarik, melawat taman rama-rama, ladang lebah dan strawberi serta ladang teh yang terhampar luas atau nikmati makanan lazat yang dihidangkan di restoran gaya Tudor - semua aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan tersedia di sini untuk anda.


Cuaca nyaman di sini memang tidak dapat ditandingi. Luangkan beberapa hari di sini, jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah dan anda pasti kembali segar untuk percutian anda seterusnya. Salah satu aktiviti popular di Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highlands ialah menikmati hidangan air teh dan biskut 'scone'.

Tradisi asli Inggeris ini bermula di zaman penjajahan British apabila para pegawai Inggeris menggunakan lokasi di tanah tinggi ini sebagai tempat berehat yang jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah. Aktiviti memerhati burung dan menyusuri trek di hutan juga amat popular di kalangan pelawat di sini.

Tanah Tinggi Cameron yang terletak 1,500 meter dari aras laut mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Tempat ini juga mudah dikunjungi.

Anda boleh tiba di Tanah Tinggi Cameron kurang dari sejam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan atau kira-kira 3 1/2 jam perjalanan sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur.

Pengangkutan

Kereta
Tanah Tinggi Cameron boleh dihubungi menerusi Tapah atau lebuhraya baru di Simpang Pulai. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, susur keluar di Simpang Pulai dan ambil masa tambahan selama 45 minit sebelum sampai di utara Tapah dari Lebuhraya Utara-Selatan. Jalanraya ke Tanah Tinggi Cameron dari laluan ini adalah lebih mudah dan selesa berbanding laluan dari Tapah.
Bas, Teksi
Perkhidmatan bas dan teksi boleh diperolehi dari Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur dan perjalanan bas ini akan melewati pekan Tanah Rata. Anda juga boleh menaiki keretapi hingga ke Tapah, kemudian meneruskan perjalanan anda dari Tapah dengan teksi atau bas.

Untuk Mendapat Maklumat Terperinci


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang. Tel : +(609) 517 1111 / 1112. Faks : +(609) 514 6900. Laman Web: www.pahangtourism.com.my

Penginapan
Tanah Tinggi Cameron telah berkembang pesat di dalam masa beberapa tahun yang lalu dari segi tempat penginapan untuk pengunjung. Kini, pelawat boleh memilih antara pelbagai jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang.
Tempat Menarik Yang Patut Anda Kunjungi





Wednesday, June 9, 2010

Bukit Merah


Bukit Merah terletak berhampiran dengan Gunung Semanggol, Taiping, Kuala Kurau, negeri Perak, Malaysia. Sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasan ini dan menjadi tasik air tawar yang luas. Sebahagiannya telah dimajukan menjadi Bukit Merah Lake Town Resort oleh Emkay Sdn Bhd.

Landasan kereta api Tanah Melayu juga merentasi tasik Bukit Merah dan jika melaluinya pada waktu senja, satu panorama yang menakjubkan anda akan dapat lihat.

Tempat Menarik Di Bukit Merak

Monday, June 7, 2010

Pulau Pinang


Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi .
Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan .

Bandar-bandar utama

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957. Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini juga terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah, Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan jumlah penduduk melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua terbesar selepas Lembah Klang.

Penduduk

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:

  • Cina: 635,500 (42.5%)
  • Melayu: 612,300 (41.0%)
  • India: 148,000 (9%)
  • Lain-Lain:
    • Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
    • Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.

Sejarah

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat

Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabil

a syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 neg

eri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilang

an taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Kebudayaan dan ekonomi

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.


Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang,

mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. K

uil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih

terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau

Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, de

ngan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan,

kewangan dan lain-lain perkhidmatan.

Pengangkutan

Pulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia. Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

  • Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang terdekat ditempatkan) di tanah besar; dan
  • Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Gambar Jambatan Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditempatkan di selatan pulau dan memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.

Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di Georgetown. Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pengangkutan moden, beca semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Malangnya, pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik kepada lebuhraya Pulau Pinang, disebabkan kebanyakan jalan di pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan perancangan yang baik.