Pantai Bukit Kluang
Pantai Bukit kluang terletak di Besut Terengganu, merupakan sebuah pantai yang cantik dan bersih yang menghadap ke Laut China Selatan. Bukit yang ada ditepi pantai ini dinamakan Bukit Keluang dimana keunikan bukit ini ialah terdapat struktur bantuan yang membentuk gua-gua kecil di tepi pantai. Kemudahan pelantar disediakan di tepi bukit yang menghala ke pantai bagi memudah pelancong untuk berjalan melalui lereng-lereng bukit yang diperbuat seperti jabatan kayu.
Kedudukan Pantai Bukit Kluang
Pantai Bukit Kluang ini terletak lebih kurang 140 km dari Kuala Terengganu dimana pantai ini berada di persempadanan antara Terengganu dan Kelantan. Pekan yang hampir dengan Bukit Kluang ialah Kuala Besut dan Jerteh, manakala kira-kira 3 km ke Pantai Air Tawar.
Kemudahan Resort
Bagi mereka yang akan menginap di Bukit Kluang, Resort yang paling hampir dengan pantai ialah Bukit Kluang Beach Resort.
Kemudahan Yang Terdapat Di Bukit Kluang
Pantai ini memang lokasi yang sangat sesuai untuk aktiviti-aktivit air seperti aktiviti renang, snorkelling dan juga luncur angin. Aktiviti riada seperti berkelah juga sangat sesuai dilakukan kerana terdapat gua-gua kecil yang boleh dijadikan tempat bersantai. Selain itu, juga pengunjung yang berminat dengan aktiviti perkhemehan amat sesuai untuk datang kesini kerana kawasan yang khas untuk perkhemahan juga disediakan. Aktiviti latihan fizikal juga kerap kali dilakukan oleh anggota keselamatan bagi mematapkan jabatan mereka.
Pengunjung-pengunjung yang datang tidak perlu risau akan kemudahan awam seperti tandas dan tempat untuk menjamu selera. Pihak berkuasa tempatan telah menyedia gerai makan dan wakaf untuk berehat bagi memudahkan pengunjung menikmati keindahan semulajadi Bukit Kluang. Disamping pihak keselamatan jugak disediakan bagi menjamin keselamatan pengunjung yang datang seperti pihak JPA. Jadi destinasi yang menarik boleh dikunjungi di sini.....
sangat berguna untuk orang2 Malaysia yang malas mau melancong di negara sendiri.Sangat berguna untuk rakyat Malaysia yang sudah bosan pegi luar negara abihkan duit.
ReplyDeleteTempatnya memang cantik....
ReplyDeleteBukit Keluang mmg best kalau nak camping atau buat aktiviti riadah..Demong Beach Resort paling dekat dgn Bukit Keluang ni :)
ReplyDeletebukit keluang....dis was my homebeach...khee....15 tahun dulu, pnatai ini tempat kunjungan mingguan, mandi manda di hari jumaat....pasir yang bersih, pokok pokok tempat berteduh yang mendamaikan....kenangan yang ku tinggalkan telah di bawa ombak ...bukit keluang kini makin bertambah lawa, banyak kemudahan riadah.....
ReplyDeletebesut...boh...pemandangan tpi bukit lawa....
ReplyDelete