Penaja Kami

PENGUMUMAN

Sunday, January 9, 2011

Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubur


Pengkalan Kubur ialah sebuah bandar sempadan Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand di utara negeri Kelantan. Bersempadan denganTak Bai. 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubur' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk tempat , pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubur-kubur orang Melayu satu ketika dahulu.



Kawasan Bebas Cukai
Pengkalan Kubur mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang barang, terutamanya pakaian, beg, kasut dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bolasepak. Ia terletak di tepi muara sungai.Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubur ke Rantau Panjang kira-kira sejam sahaja.


Keistimewaan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Pengkalan kubur bukan sahaja sempadan keluar masa antara Malaysia dan Thailand tetapi lebih dikenali sebagai syurga membeli belah disamping kawasan bebas cukai di Rantau Panjang. Dengan keluasan kawasan yang luas dan kemudahan awam yang disediakan oleh Kerajaan Tempatan kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutama ketika musim cuti sekolah dan kelepasan Am. Mereka bukan sahaja membeli barangan peribadi malah barangan keperluan dapur seperti periuk, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi boleh didapati disini. Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga keperluan untuk perkahwinan jugak menjadikan Pengkalan Kubur pusat membeli belah utama di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.