Penaja Kami

PENGUMUMAN

Sunday, December 16, 2012

The Carnivall Sg. Petani

THE CARNIVALL SUNGAI PETANI

The Carnivall Sungai Petani, merupakan satu-satunya taman teman air terbesar di utara semenanjung Malaysia. Taman teman air ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak dan dewasa bagi menikmati suasana taman air yang pasti menyeronokkan.

 
 
Tiket untuk masuk ke The Carnivall Sungai Petani amat menjimatkan dengan kadar yang berpatutan.
 

 

Saturday, December 1, 2012

Waterworld @ I-City

Waterworld @ I-City, Shah Alam



Waterworld @ I-City yang terletak di Shah Alam, Selangor merupakan taman tema air terbaru di Negara ini yang menawarkan permainan air terkenal , Tornado Ride. Ict yang sebelum ini terkenal dengan taman lampu LED terbesar di Negara ini memperkenal pakej terbaru iaitu Taman Teman air yang terbesar di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air Tornado Ride ini. Pembukaan rasmi Waterworld @ I-City 15 November 2012 lalu.



Waterworld @ I-City mula beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari dan 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah.  Tiket berharga RM50.00 bagi orang dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak. Bagi mempromosikan Taman Teman Air ini, Waterworld @ I-City memberi promosi percuma untuk ke Snowalk dengan harga tiket yang sama.






Tuesday, November 27, 2012

KAWASAN BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG


RANTAU PANJANG, KELANTAN


Mengenai Rantau Panjang

Bandar Rantau Panjang adalah terletak bersempadan dengan Sungai Golok, Thailand merupakan pintu keluar – masuk dan pusat membeli belah yang utama di Jajahan Pasir Mas khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Jaraknya hanya 25 km dari bandar Pasir Mas dan 40 km dari bandar Kota Bharu.
 
Rantau Panjang merupakan tempat kawasan bebas cukai yang kedua di Kelantan selepas Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Bagi mereka yang gemar membeli belah barang-barang seperti pakaian, periuk, pinggang mangkuk, set tilam, dan sebagainya disini lah syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur.
 
 
 
 Kemudahan Di Rantau Panjang
 
Bagi mereka yang baru saja menjejak kaki ke Rantau Panjang, tidak perlu risau mengenai kemudahan awam yang terdapat disini. Dari segi tempat letak kereta Majlis Daerah Pasir Mas menyediakan tempat yang lapang untuk meletakkan kereta dan bas persiaran/pelancongan. Kemudahan seperti surau dan tandas juga di sediakan di kawasan sekitar Pekan Rantau Panjang ini. Kemudahan seperti bank juga terdapat seperti ATM (Mybank). Jadi musim sekolah ini merupakan peluang bagi mereka yang gemar bercuti untuk membeli belah sambil makan angin di negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
 
Masjid Yang Unik berlatar belakangkan pembinaan masjid di cina juga dibina di Pekan Rantau Panjang ini.

Friday, November 23, 2012

BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI 

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di Kuala Selangor, menghadap laut Selat Melaka dan Sumatera Indonesia.




Bukit ini amat menarik sekali kerana merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi kemudahan untuk para pengunjung. Para pengunjung juga di sediakan dengan keretapi yang amat cute dan cantik dengan tambang yang amat berpatutan membolehkan pengunjung menikmati keindahan dan kehidupan
yang amat menyeronokkan. Sekumpulan monyet akan menyambut kehadiran pengunjung dengan pelbagai karenah yang pasti menghiburkan anda.




Bukit Melawati juga merupakan tempat bersejarah kerana pada zaman dahulu Bukit Melawati pernah dijadikan tempah bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad dipindahkan ke Bukit Jugra Kuala Langat.



Tempat Yang Menarik Boleh Anda Kunjungi Bukit Melawati
  • Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Rumah api
  • Kubu pertahanan
  • Beberapa buah meriam lama
  • Menara tinjau
  • Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
  • Makam Sultan dan kerabat diraja
  • Batu pancung
  • Perigi
  • Puluhan ekor lotong
Di bahagian bawah pula terdapatnya :

Monday, October 1, 2012

TELUK BATIK

TELUK BATIK, LUMUT



Teluk Batik merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik yang boleh anda kunjungi ianya,  terletak kira-kira 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut Perak. Teluk Batik ditadbir oleh Pejabat daerah Manjung di Seri Manjung. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Kebiasanya jika para pelancong tidak ke Pulau Pangkor, mereka boleh menghirup udara yang segar di kawasan persisir pantai yang pasti memberi satu kepuasan kepada anda. Disamping pantai yang bersih dan cantik, Teluk Batik juga mempunyai satu Taman Tema Air iaitu Marina Water Park.



Marina Water Park di Teluk Batik merupakan Taman Teman Air yang mempunyai keluasan yang  80 ekar merangkumi Chalet yang menarik di kawasan sekitarnya. Marina Water Park terletak di lokasi strategik di kawasan yang paling berkembang di Daerah Manjung Perak iaitu yang telah diwartakan sebagai kawasan Pelancongan untuk Negeri Perak. Dengan industri pelancongan  berkembang pada tahun-tahun akan datang di kawasan ini.





Sebagai taman air pertama di Daerah Manjung, Marina Water Park bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada pelancong dengan taman hiburan yang menyeronokkan tetapi yang paling penting ialah untuk menarik orang ramai untuk datang ke kawasan ini dan ini akan memberi manfaat dari segi sosio-ekonomi kawasan sekitarnya.






Wednesday, August 29, 2012

PULAU PANGKOR, PERAK

KEINDAHAN PULAU PANGKOR





Pada entry kali ini saya membawa anda untuk melancong ke Pulau Pangkor yang indah lagi menarik di Negeri Perak Darul Ridzuan yang terletak di daerah Manjung. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3-4 jam bergantung kepada laluan yang dilalui oleh anda. Dari Kuala Lumpur anda boleh melalui lebuhraya Utara Selatan dan keluar ke Seri Iskandar terus menuju Ke Lumut. Pilihan kedua dari Kuala Lumpur anda boleh melalui pemandangan yang indah lagi permai berlatar belakangkan sawah padi melalui Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sungai Besar - Sabak Bernam - Lumut.

Sampai di Lumut anda bolehlah mencari lokasi untuk meletakkan kereta anda ditempat yang telah disediakan. Kebiasaanya bayaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 bergantung kepada tempat parkir yang anda inginkan.









Seterusnya untuk ke Pulau Pangkor perkhidmatan Feri setiap 30 minit sekali akan menanti anda yang belum ada pengalaman menaiki feri, jadi ini adalah masa yang sesuai untuk anda mencubanya.
Tambang sebanyak RM10.00 untuk dewasa pergi dan balik.
Jangan ada yang mabuk laut pulak yer.....



Sampai jer anda di jeti pulau Pangkor anda bolehkan mencari teksi van yang berwarna pink yang amat cute lagi cantik untuk anda dan keluarga menuju ke tempat penginapan anda, samada di Teluk Nipah, Teluk Cempedak, dan sebagainya. Banyak Resort dan Chalet menanti anda disana dengan kepuasan yang anda akan nikmatinya di Pulau Pangkor.


Gambar-Gambar Di Pulau Pangkor






SEJARAH RINGKAS MENGENAI PANGKOR

KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.




Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.

Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.

Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”

Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’.

Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.

Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.

Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.

“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.

“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.

“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”

Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.

Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.

Thursday, July 12, 2012


Lost World Of Tambun

Lost World of Tambun ialah sebuah taman tema di bawah pengurusan Sunway Company atau Sunway City. Ia terletak di Tambun, Perak berhampiran bandar Ipoh. Perbelanjaan bagi membina taman tema ini dianggarkan berjumlah RM60 juta serta merupakan taman semula jadi terbesar di Malaysia.


Tuesday, March 13, 2012

I-City Shah Alam

I –City terletak di seksyen 8, Shah Alam merupakan sebuah taman tema yang menarik untuk kita kunjungi khususnya untuk membawa keluarga bercuti sempena musim cuti sekolah dan cuti umum. Terletak di tempat yang strategi di Seksyen 8, di mana berhampiran dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang cuma 40 km sahaja. Kawasan yang terkenal dengan berjuta-juta lampu LED yang mencerah lagi pemandangan malam di I-City yang pastinya mengamit pengunjung yang hadir ke sini.

Terdapat pelbagai kemudahan di Taman Tema ini, antaranya ialah kemudahan bank, kemudahan pejabat pos, kemudahan tempat letak kereta dan sebagainya yang pasti memberi kepuasan kepada mereka yang datang ke I-City Shah Alam. Bagi mereka yang ingin merasai kesejukan seperti berada negara yang mempunyai salji tebal, di I-City

Manakala, Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada Hari Krimas tahun lepas (25 Disember 2010). Ianya merupakan Taman Tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.


Antara tarikan utama bagi pengunjung Snow Walk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni. Terdapat juga pelbagai permainan musim salji yang disediakan di Snow Walk iaitu gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.


Tiket untuk masuk ke taman tema Snow Walk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10. Snow Walk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin Hingga Jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.