Penaja Kami

PENGUMUMAN

Monday, October 1, 2012

TELUK BATIK

TELUK BATIK, LUMUT



Teluk Batik merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik yang boleh anda kunjungi ianya,  terletak kira-kira 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut Perak. Teluk Batik ditadbir oleh Pejabat daerah Manjung di Seri Manjung. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Kebiasanya jika para pelancong tidak ke Pulau Pangkor, mereka boleh menghirup udara yang segar di kawasan persisir pantai yang pasti memberi satu kepuasan kepada anda. Disamping pantai yang bersih dan cantik, Teluk Batik juga mempunyai satu Taman Tema Air iaitu Marina Water Park.



Marina Water Park di Teluk Batik merupakan Taman Teman Air yang mempunyai keluasan yang  80 ekar merangkumi Chalet yang menarik di kawasan sekitarnya. Marina Water Park terletak di lokasi strategik di kawasan yang paling berkembang di Daerah Manjung Perak iaitu yang telah diwartakan sebagai kawasan Pelancongan untuk Negeri Perak. Dengan industri pelancongan  berkembang pada tahun-tahun akan datang di kawasan ini.





Sebagai taman air pertama di Daerah Manjung, Marina Water Park bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada pelancong dengan taman hiburan yang menyeronokkan tetapi yang paling penting ialah untuk menarik orang ramai untuk datang ke kawasan ini dan ini akan memberi manfaat dari segi sosio-ekonomi kawasan sekitarnya.