Penaja Kami

PENGUMUMAN

Saturday, December 1, 2012

Waterworld @ I-City

Waterworld @ I-City, Shah Alam



Waterworld @ I-City yang terletak di Shah Alam, Selangor merupakan taman tema air terbaru di Negara ini yang menawarkan permainan air terkenal , Tornado Ride. Ict yang sebelum ini terkenal dengan taman lampu LED terbesar di Negara ini memperkenal pakej terbaru iaitu Taman Teman air yang terbesar di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air Tornado Ride ini. Pembukaan rasmi Waterworld @ I-City 15 November 2012 lalu.



Waterworld @ I-City mula beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari dan 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah.  Tiket berharga RM50.00 bagi orang dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak. Bagi mempromosikan Taman Teman Air ini, Waterworld @ I-City memberi promosi percuma untuk ke Snowalk dengan harga tiket yang sama.






Tuesday, November 27, 2012

KAWASAN BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG


RANTAU PANJANG, KELANTAN


Mengenai Rantau Panjang

Bandar Rantau Panjang adalah terletak bersempadan dengan Sungai Golok, Thailand merupakan pintu keluar – masuk dan pusat membeli belah yang utama di Jajahan Pasir Mas khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Jaraknya hanya 25 km dari bandar Pasir Mas dan 40 km dari bandar Kota Bharu.
 
Rantau Panjang merupakan tempat kawasan bebas cukai yang kedua di Kelantan selepas Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Bagi mereka yang gemar membeli belah barang-barang seperti pakaian, periuk, pinggang mangkuk, set tilam, dan sebagainya disini lah syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur.
 
 
 
 Kemudahan Di Rantau Panjang
 
Bagi mereka yang baru saja menjejak kaki ke Rantau Panjang, tidak perlu risau mengenai kemudahan awam yang terdapat disini. Dari segi tempat letak kereta Majlis Daerah Pasir Mas menyediakan tempat yang lapang untuk meletakkan kereta dan bas persiaran/pelancongan. Kemudahan seperti surau dan tandas juga di sediakan di kawasan sekitar Pekan Rantau Panjang ini. Kemudahan seperti bank juga terdapat seperti ATM (Mybank). Jadi musim sekolah ini merupakan peluang bagi mereka yang gemar bercuti untuk membeli belah sambil makan angin di negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
 
Masjid Yang Unik berlatar belakangkan pembinaan masjid di cina juga dibina di Pekan Rantau Panjang ini.

Friday, November 23, 2012

BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR

BUKIT MELAWATI 

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di Kuala Selangor, menghadap laut Selat Melaka dan Sumatera Indonesia.




Bukit ini amat menarik sekali kerana merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi kemudahan untuk para pengunjung. Para pengunjung juga di sediakan dengan keretapi yang amat cute dan cantik dengan tambang yang amat berpatutan membolehkan pengunjung menikmati keindahan dan kehidupan
yang amat menyeronokkan. Sekumpulan monyet akan menyambut kehadiran pengunjung dengan pelbagai karenah yang pasti menghiburkan anda.




Bukit Melawati juga merupakan tempat bersejarah kerana pada zaman dahulu Bukit Melawati pernah dijadikan tempah bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad dipindahkan ke Bukit Jugra Kuala Langat.



Tempat Yang Menarik Boleh Anda Kunjungi Bukit Melawati
  • Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Rumah api
  • Kubu pertahanan
  • Beberapa buah meriam lama
  • Menara tinjau
  • Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
  • Makam Sultan dan kerabat diraja
  • Batu pancung
  • Perigi
  • Puluhan ekor lotong
Di bahagian bawah pula terdapatnya :

Monday, October 1, 2012

TELUK BATIK

TELUK BATIK, LUMUT



Teluk Batik merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik yang boleh anda kunjungi ianya,  terletak kira-kira 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut Perak. Teluk Batik ditadbir oleh Pejabat daerah Manjung di Seri Manjung. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Kebiasanya jika para pelancong tidak ke Pulau Pangkor, mereka boleh menghirup udara yang segar di kawasan persisir pantai yang pasti memberi satu kepuasan kepada anda. Disamping pantai yang bersih dan cantik, Teluk Batik juga mempunyai satu Taman Tema Air iaitu Marina Water Park.



Marina Water Park di Teluk Batik merupakan Taman Teman Air yang mempunyai keluasan yang  80 ekar merangkumi Chalet yang menarik di kawasan sekitarnya. Marina Water Park terletak di lokasi strategik di kawasan yang paling berkembang di Daerah Manjung Perak iaitu yang telah diwartakan sebagai kawasan Pelancongan untuk Negeri Perak. Dengan industri pelancongan  berkembang pada tahun-tahun akan datang di kawasan ini.





Sebagai taman air pertama di Daerah Manjung, Marina Water Park bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada pelancong dengan taman hiburan yang menyeronokkan tetapi yang paling penting ialah untuk menarik orang ramai untuk datang ke kawasan ini dan ini akan memberi manfaat dari segi sosio-ekonomi kawasan sekitarnya.