Penaja Kami

PENGUMUMAN

Monday, February 4, 2013

Kuala Gandah

Kuala Gandah (Pusat Konservasi Gajah )

Tempat yang menarik kali ini cintatravel akan berkongsi bersama ialah Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menagkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
 
 
 
 
 
Lokasi Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah
 
Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah terletak di Temerloh dengan jaraknya dari Pekan Temerloh sejauh 49.1 km. Manakala dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama 2 jam lebih melalui Lebuh Raya Pantai Timur - Kuantan.
 
Masa Beroperasi
 
8.00 pagi hingga 4.30 petang temasuk cuti umum
 
Jadual Aktiviti Pelawat
Pelawat digalakkan menyertai aktiviti di PKGK yang akan bermula dari jam 10.30 pagi.



Aktiviti
10.30 pagi – 12.00 tengahari

MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL INTERPRETASI:

Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.

 1.30 petang

MENONTON TAYANGAN VIDEO

Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.


2.15 petang

GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT

Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.

2.45 -3.15 petang

PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI

Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.

Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.

Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan.

Friday, January 11, 2013

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia




Taman Tema Legoland Malaysia merupakan taman Lego yang pertama di Asia dan taman tema Antarabangsa pertama di Malaysia. Lokasi taman teman ini terletak di kawasan Nusajaya, Iskandar Malaysia di Johor. Kawasan yang meliputi keluasan seluas 70 ekar ini menjadi idaman kita untuk kembali ke zaman kanak-kanak. Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan dan tarikan termasuk Main Thema Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifesyle Mall dan macam-macam lagi.



 Banyak bangunan yang menarik yang dibuat menggunakan permainanan lego dapat dilihat di taman tem ini seperti KLCC, KLIA, Bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, Bandar Johor Bharu, Bandar Singapura dan pelbagai lagi bangunan-bangunan yang cantik di negara lain juga dihasil menggunakan permainan lego ini.







Tiket untuk masuk ke taman teman ini ialah :-

  • Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (+ rebat RM30 untuk pemegang Mykad) atau,
  • Pas masuk tahunan:
  • Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)
  • Dewasa: RM195
  • Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150
  • Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan)
  • Dewasa: RM275
  • Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210



Sunday, December 16, 2012

The Carnivall Sg. Petani

THE CARNIVALL SUNGAI PETANI

The Carnivall Sungai Petani, merupakan satu-satunya taman teman air terbesar di utara semenanjung Malaysia. Taman teman air ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak dan dewasa bagi menikmati suasana taman air yang pasti menyeronokkan.

 
 
Tiket untuk masuk ke The Carnivall Sungai Petani amat menjimatkan dengan kadar yang berpatutan.
 

 

Saturday, December 1, 2012

Waterworld @ I-City

Waterworld @ I-City, Shah Alam



Waterworld @ I-City yang terletak di Shah Alam, Selangor merupakan taman tema air terbaru di Negara ini yang menawarkan permainan air terkenal , Tornado Ride. Ict yang sebelum ini terkenal dengan taman lampu LED terbesar di Negara ini memperkenal pakej terbaru iaitu Taman Teman air yang terbesar di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air Tornado Ride ini. Pembukaan rasmi Waterworld @ I-City 15 November 2012 lalu.



Waterworld @ I-City mula beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari dan 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah.  Tiket berharga RM50.00 bagi orang dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak. Bagi mempromosikan Taman Teman Air ini, Waterworld @ I-City memberi promosi percuma untuk ke Snowalk dengan harga tiket yang sama.