Penaja Kami

PENGUMUMAN

Monday, June 28, 2010

Kuala Lipis


Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama. Ia juga boleh dikatakan menjadi penempatan terawal di Pahang. Kedudukannya juga amat strategik iaitu di pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis.

Kuala Lipis dahulunya pusat perlombongan emas sebelum British tiba pada 1887. Pada 1898 ia menjadi ibu negeri Pahang sehingga 1953.

Semasa zaman ini, bangunan penjajah utama, seperti Pejabat Daerah dan SMK Clifford yang pernah mendidik tokoh negara tersergam indah, dan Pahang Club telah dibina. Rumah Residen British di atas bukit sekarang ini menjadi hotel dan muzium.

Bandar ini membesar dan maju selepas pembinaan landasan kereta api pada 1924. Walaubagaimanapun, pada 1953, ibu negeri telah berpindah ke Kuantan, dan Kuala Lipis tidak lagi pesat membangun. Ia sekarang menjadi peringatan zaman silam.

Walaupun begitu beberapa institusi pendidikan baru seperti Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, dan Maktab Rendah Sains Mara telah dibina. Sebuah bandar baru di seberang sungai Jelai sudah dibina dan mula beroperasi. Kuala Lipis juga merupakan daerah Parlimen Allayarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua, bapa kepada Perdana Menteri Malaysia terkini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,Allayarham Tun Muhammad Ghazali Shafie dan juga tempat asalnya penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza.

Tempat-tempat Menarik Dan Bersejarah

  • Bandar lama Kuala Lipis.
  • Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris).
  • Pejabat daerah kuala lipis
  • Landasan kereta api.
  • SRK Clifford
  • SMK Clifford(1913)
  • Hutan Lipur Kenong

Taman Rimba Kenong

Merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur.

Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit.

Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.

Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.

Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.

Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.

Disamping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang.

Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah:

  • Jelajah Gua Batu Kapur
  • Interpretasi Sumber
  • Berkelah / Berenang
  • Fotografi
  • Aktiviti Tali
  • ‘Cave Tubing”
  • Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak
  • Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
  • Jalajah Gunung
  • Perkhemahan

Kemudahan sedia ada:

  • Tempat letak kereta
  • Jambatan Gantung
  • Pusat Penerangan
  • Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah
  • Papan-papan tanda dan papan tanda pokok
  • Chalet dan dormitori
  • Tapak perkhemahan
  • Kemudahan tandas
  • Denai hutan / Denai interpretasi


Sunday, June 27, 2010

Gunung Stong



Gunung Stong

Taman Negeri Gunung Stong terletak di Kelantan dan tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia.

Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna, dan gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.

Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air bagi Sungai Kelantan dan memainkan peranan penting sebagai kawalan sewaktu musim banjir dan kemarau.

Antara tarikan di sini ialah air terjun Jelawang, setinggi tujuh tingkat dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia.

Haiwan yang ditemui di sini termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.

Pengangkutan

Keretapi
Dari stesyen KL Sentral Station, keretapi ke utara ke Kelantan anda melalui beberapa penempatan kecil termasuk Dabong. Dari sini, anda boleh menyeberangi Sungei Galas menuju ke Jelawang, yang hanya terletak 3 km jauh.

Kereta
Dari Kuala Lumpur, ambil lebuh raya Utara Selatan (PLUS) menuju utara dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar. Dari sini, ambil laluan ke Gerik dan terus ke lebuh raya Timur-Barat menuju Jeli. Di pekan Jeli, ikut Laluan 66 ke Dabong.

Kereta
Ambil lebuh raya Pantai Timur dari KL ke Bentong. Dari sini, ikut Laluan 8 ke Gua Musang, dan kemudian ambil Laluan D29 ke Dabong.

Bot
Ambil bot di Kuala Krai menuju ke Dabong/ Jelawang. Perjalanan mengambil masa sejam.

Saturday, June 26, 2010

Rantau Abang





Rantau Abang

Satu lagi tempat yang sepatutnya termasuk di dalam jadual percutian pelancong ialah Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.

Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan kadangkala seberat lebih dari 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.

Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.

MENARIK MENGENAI PENYU


Penyu adalah kura-kura laut. Penyu ditemukan di semua samudra di dunia. Menurut data para ilmuwan, penyu sudah ada sejak akhir zaman Jura (145 - 208 juta tahun yang lalu) atau seusia dengan dinosaurus. Pada masa itu Archelon, yang berukuran panjang badan enam meter, dan Cimochelys telah berenang di laut purba seperti penyu masa kini.

Penyu memiliki sepasang tungkai depan yang berupa kaki pendayung yang memberinya ketangkasan berenang di dalam air. Walaupun seumur hidupnya berkelana di dalam air, sesekali hewan kelompok vertebrata, kelas reptilia itu tetap harus sesekali naik ke permukaan air untuk mengambil napas. Itu karena penyu bernapas dengan paru-paru. Penyu pada umumnya bermigrasi dengan jarak yang cukup jauh dengan waktu yang tidak terlalu lama. Jarak 3.000 kilometer dapat ditempuh 58 - 73 hari.

Penyu Bertelur

Penyu mengalami siklus bertelur yang beragam, dari 2 - 8 tahun sekali. Sementara penyu jantan menghabiskan seluruh hidupnya di laut, betina sesekali mampir ke daratan untuk bertelur. Penyu betina menyukai pantai berpasir yang sepi dari manusia dan sumber bising dan cahaya sebagai tempat bertelur yang berjumlah ratusan itu, dalam lubang yang digali dengan sepasang tungkai belakangnya. Pada saat mendarat untuk bertelur, gangguan berupa cahaya ataupun suara dapat membuat penyu mengurungkan niatnya dan kembali ke laut.

Penyu yang menetas di perairan pantai Indonesia ada yang ditemukan di sekitar kepulauan Hawaii. Penyu diketahui tidak setia pada tempat kelahirannya.

Tidak banyak regenerasi yang dihasilkan seekor penyu. Dari ratusan butir telur yang dikeluarkan oleh seekor penyu betina, paling banyak hanya belasan tukik (bayi penyu) yang berhasil sampai ke laut kembali dan tumbuh dewasa. Itu pun tidak memperhitungkan faktor perburuan oleh manusia dan pemangsa alaminya seperti kepiting, burung dan tikus di pantai, serta ikan-ikan besar begitu tukik tersebut menyentuh perairan dalam.

Di tempat-tempat yang populer sebagai tempat bertelur penyu biasanya sekarang dibangun stasiun penetasan untuk membantu meningkatkan tingkat kelulushidupan (survival). Di Indonesia misalnya terdapat stasiun penetasan di:

  • Pantai selatan Jawa Barat (Pangumbahan, Cikepuh KSPL Chelonia UNAS)
  • pantai selatan Bali (di dekat Kuta)
  • Kalimantan Tengah (Sungai Cabang FNPF)
  • pantai selatan Lombok
  • Jawa Timur (Alas Purwo)
  • Bengkulu (Retak ilir Muko-muko)

Tips

Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur.

Pengangkutan

Jalan Darat (Bas)
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.

Talian Yang Boleh Anda Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan

Terdapat dua buah rumah tumpangan yang ringkas tetapi selesa terletak di tepi pantai. Anda juga boleh membuat lawatan sehari ke sini dari Kuala Terengganu di mana anda mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan.



Tuesday, June 22, 2010

Bukit Fraser

Bukit Fraser

Pekan kecil Bukit Fraser dikelilingi hutan hujan negeri Pahang. Pusat peranginan tanah tinggi ini yang terletak pada ketinggian 1,524 meter di atas paras laut merupakan tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan yang lain.Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan yang melalui 'The Gap' yang terletak di kaki bukit. Sebaik sahaja anda melepasi 'The Gap', anda akan merasakan seolah-olah kembali ke zaman silam. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.
Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.
Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.
Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan.Anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti ketika berada di Bukit Fraser. Antaranya, bermain golf di padang golf 9-lubang di Kelab Golf DiRaja Bukti Fraser atau padang golf 18-lubang di Fraser's Hill Golf & Country Club.

Selain itu, anda boleh pergi memancing dan bersampan di Allans' Water, bersiar-siar di taman-taman bunga dan taman rekreasi atau mandi di air terjun Jeriau yang sungguh sejuk dan nyaman.


Tips

eboleh-bolehnya mulakan perjalanan anda menuju ke Bukit Fraser di siang hari supaya anda apat menikmati pemandangan indah sekitar hutan hujan yang segar di sepanjang perjalanan anda ke sana. Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, janga lupa singgah di Empangan Kuala Selangor di mana anda boleh melihat

Pengangkutan

Kereta
Dari Jalan Kuala Kubu Baru, anda boleh mengambil sebatang jalan sehala yang menuju ke Bukit Fraser. Jalan sepanjang 8 km ini berliku-liku tetapi pergerakan trafik di kawal mulai jam 6.30 pagi hingga 7 petang untuk keselamatan pelawat.

Bas
Anda boleh menaiki bas di Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kuala Kubu Bharu. Di Kuala Kubu Bharu, anda perlu menaiki sebuah lagi bas ke Bukit Fraser yang bertolak pada pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari. Perkhidmatan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur untuk membawa anda ke Bukit Fraser.

Talian Yang Boleh Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Pahang di talian : +609-517 7113 / 7115

Penginapan

Terdapat beberapa buah hotel bertaraf 2 atau 4-bintang di Bukit Fraser. Di sini tidak terdapat sebarang tempat penginapan seperti asrama untuk pengembara tetapi pelawat boleh berkhemah di sini.