Penaja Kami

PENGUMUMAN

Monday, June 7, 2010

Pulau Pinang


Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi .
Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan .

Bandar-bandar utama

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957. Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini juga terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah, Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan jumlah penduduk melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua terbesar selepas Lembah Klang.

Penduduk

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:

  • Cina: 635,500 (42.5%)
  • Melayu: 612,300 (41.0%)
  • India: 148,000 (9%)
  • Lain-Lain:
    • Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
    • Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.

Sejarah

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat

Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabil

a syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 neg

eri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilang

an taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Kebudayaan dan ekonomi

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.


Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang,

mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. K

uil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih

terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau

Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, de

ngan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan,

kewangan dan lain-lain perkhidmatan.

Pengangkutan

Pulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia. Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

  • Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang terdekat ditempatkan) di tanah besar; dan
  • Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Gambar Jambatan Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditempatkan di selatan pulau dan memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.

Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di Georgetown. Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pengangkutan moden, beca semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Malangnya, pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik kepada lebuhraya Pulau Pinang, disebabkan kebanyakan jalan di pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan perancangan yang baik.

Sunday, June 6, 2010

Bandaraya Bersejarah

Sejarah Melaka

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka.

Pemerintahan Jajahan

Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.

St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka dikenali sebagai sebuah negeri yang mendahului dari segi kajian dan kemajuan di dalam industri bioteknologi, perubatan, perniagaan, sains, teknologi dan komuniti industri. Sumber semulajadi Melaka terletak di Barat Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Selat Melaka. Ianya terletak di antara Negeri Sembilan dan Johor,dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin.

Negeri Melaka adalah tanah yang popular dengan pelbagai populasi seperti Melayu, Cina, India, Peranakan, Chitty, Portugis, dan juga Urasia. Populasi ini memberikan kesan yang besar di dalam meningkatkan kekayaan percampuran budaya, termasuklah dari segi pemakanan.

Pada zaman kegemilangan Melaka dahulu, Melaka menjadi bandar yang maju dalam dua cabang iaitu industri dan perlancongan. Melaka telah berjaya menarik pelabur-pelabur luar dari seluruh negara untuk melabur dan bekerjasama dalam pelbagai jenis industri. Ini juga memberikan kesan yang besar dan kejayaan luar biasa dimana lebih daripada 500 pekilangan dan pemaju-pemaju kilang dari Singapura, Jepun, Taiwan, Jerman, Amerika Syarikat, dan banyak lagi telah menetapkan kilang-kilang mereka di Melaka. Ia telah menawarkan peluang yang luas dalam pekerjaan dan pengetahuan kepada masyarakat kita dan ianya juga boleh membawa kearah pencapaian Melaka pada tahun 2010.

Selain daripada kemajuan ekonomi dan perlancongan Melaka, sistem pendidikan yang terkini juga merupakan faktor utama didalam kejayaan Melaka. Pendidikan dan teknologi maklumat memainkan peranan didalam meningkatkan perkembangan kemajuan Melaka di Bandar ini. Sebagai negeri yang pesat membangun, kerajaan Melaka memberikan sokongan penuh di dalam sistem pendidikan negeri ini di mana ia akan meneruskan usaha bagi meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran melalui teknologi multimedia yang canggih. Selain dari itu juga, dengan adanya program pendidikan luar negara, beberapa pelajar luar juga akan tertarik untuk menyambung pelajaran di Melaka kerana sistem pendidikan di sini menyediakan institusi-institusi yang mencukupi dan memadai.


Tempat Menarik





Rekreasi dan Pelancongan AGRO

Hari ini berbeza dari semalam. Sektor pertanian telah diusahakan sejak bertahun-tahun dan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negeri ini. Perlancongan Eco-Agro adalah tarikan tambahan yang menyeronokkan kepada negeri Melaka yang menarik ini. Pengunjung yang datang membuat lawatan di sekitar negeri ini adalah digalakkan untuk singgah dahulu ke Taman Rekreasi Melaka, Taman Pertanian dan Ladang, di mana pengunjung akan dapat merasai pengalaman pertama yang menarik tentang alam fauna kita.

Tambahan pula, menghabiskan masa lapang dengan menikmati kehijauan alam daripada pelbagai taman dan ladang merupakan aspek yang tidak sepatutnya dilepaskan kerana terdapat kemudahan dengan kepelbagaian chalet yang selesa dan perkhemahan.

Membeli-belah

Melaka adalah Bandar yang terkenal sebagai status syurga perdagangan dengan cara yg baru dan unik. Melaka telah membentuk sebuah empayar perdagangan yang hebat dari dahulu hinggalah sekarang dan telah menyediakan pelbagai pusat membeli-belah untuk pengunjung. Melaka mempunyai pelbagai tempat membeli-belah yang menunjukkan perbezaan dari segi membeli-belah secara moden hinggalah pasaraya besar, dari rumah kedai hinggalah butik, dari pusat kraftangan hinggalah kedai antik dan akhir sekali dari kedai persisiran jalan hingglah ke pasar malam. Tempat-tempat sebegini akan memberikan pengunjung pengalaman yang menyeronokan dan berbaloi. Kita amat pasti bahawa Melaka adalah syurga membeli-belah, yang akan menarik pandangan pertama anda. Membeli-belahlah sepuas-puas hati anda!!

MegaMallMegaMall
MegaMallMegaMall

Sukan & Rekreasi

Jika anda dapat memahami informasi yang disediakan mengenai sukan dan rekreasi, kami percaya bahawa, anda pasti tidak akan melepaskan apa saja aktiviti yang disediakan di Melaka. Melaka menyediakan aktiviti yang tidak berpenghujung seperti Taman Rimba, Taman Tema, Ladang Haiwan, Resort Bukit, malah pulau-pulau untuk pengunjung. Anda dapat menghabiskan masa lapang anda dengan bermain golf di tempat golf yang mencabar, sukan air, sukan tradisional di sekitar Melaka bersama keluarga dan rakan-rakan semasa anda disini.

Tempat Menarik Yang Patut Anda Kunjungi



Wednesday, June 2, 2010

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir


Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merentasi 260,000 hektar.

Tasik ini juga merupakan kawasan empangan batu-hidro-elektrik batu- batan terbesar di Malaysia. Apabila kawasan ini dibanjiri air, kebanyakan kawasan pergunungan berada di atas paras air, sekaligus membentuk 340 pulau buatan manusia.

Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang.

Ia turut menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.

Ini adalah kawasan percutian popular bagi pengunjung yang ingin dikelilingi kawasan hutan yang indah. Ia juga menjadi tempat kegemaran pemancing kerana menempatkan pelbagai spesies ikan sungai seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan Kelah.

Kawasan tasik ini juga popular untuk aktiviti kayak, naik bot, trek hutan, memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf.

Tasik Kenyir juga pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.

Tips

Tasik Kenyir terletak kira-kira 55 km dari Kuala Terengganu. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke tasik itu yang terletak bersebelahan Pengkalan Utama. Jeti itu juga mempunyai perkhidmatan bot untuk mengelilingi kawasan pulau dan pertukaran ke resort di sini.

Pengangkutan
Kereta
Terdapat beberapa laluan alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menggunakan kenderaan dari Kuala Lumpur, ikut laluan ke Ajil melalui lebuh raya ke lebuh raya Jerengau-Jabor, kemudian menuju ke Kenyir. Pilihan lain ialah mengikuti laluan pesisiran pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan terus ke kawasan Tasik Kenyir.
Bot
Terdapat beberapa pengendali bot sewa dari Jeti Gawi, anda boleh menggunakan bot bertingkat atau bot kaca merentasi Tasik Kenyir. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan, ada beberapa agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian.

Kapal Terbang
Terbang dengan pilihan Malaysia Airlines atau Air Asia. Mereka terbang setiap hari ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan teksi dan terus ke Tasik Kenyir. Tambang adalah sekitar RM 60.00. Jika anda ke Kuala Berang, tambang sekitar RM30.00.
Top
Talian Untuk Dihubungi
Pusat Maklumat Pelancongan, Pengkalan Gawi Tel : 09-626 7788 atau 666 8498 atau hubungi Ketengah Tel : 09-822 3100 sambungan 103.
Top
Penginapan
Penginapan di sini terdiri dari pelbagai pilihan termasuk resort bertaraf 3 bintang, chalet, resort terapung atau rumah bot yang turut menyediakan makanan dan tempat penginapan. Rumah bot itu turut mengunjungi kawasan air terjun dan kawasan memancing dan menjanjikan kelainan kepada mereka yang menggemarkan alam semulajadi.

Putrajaya


Penubuhan Putrajaya

Pusat pentadbiran kerajaan baru malaysia pada tahun 1980s telah menyuraikan beberapa pembangunan jauh dari kuala lumpur. Sebuah tapak perancangan yang besar telah dikenal pasti di daerah Sepang. Projek itu mendapat nama sempena perdana Menteri pertama negara,YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Pembinaan bandaraya baru bermula pada Ogos 1995, dan adalah sekarang dijadikan sasaran untuk penyiapan secara keseluruhan pada tahun 2015.

Manakala Kuala Lumpur akan kekal sebagai ibu kota serta tayangan perdana negara kewangan dan pusat komersial, Putrajaya akan memainkan peranan Federal yang baru pusat pentadbiran Kerajaan. Ia adalah dijangka bahawa kebanyakan Kerajaan Federal kehendak agensi-agensi telah berpindah kepada Putrajaya secara 2010. Apabila bandar adalah maju sepenuhnya, kehendak ia telah seorang penduduk sekitar 320,000 dan 64,000 unit perumahan.

Lokasi


Putrajaya menjadi ahli satu tempat yang indah dengan keluasan 4,931 ekar tanah di dalam Koridor Raya Multimedia. Ia terletak 25km selatan Kuala Lumpur dan 20km utara Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Disajikan oleh suatu rangkaian lebuhraya-lebuhraya, ia adalah amat boleh dicapai daripada semua bahagian negara. Bandaraya Taman
Bandaraya Taman

Putrajaya sedang dibangunkan berdasarkan tema City sebuah kebun . Beralun-alun sifat tanah itu meminjam sendiri kepada penciptaan sebuah bandar identiti ini. Ia telah membenarkan untuk penciptaan tempat-tempat terbuka dan taman-taman murah hati, dan satu 600 hektar tasik buatan manusia sebagai prinsipalnya ciri landskap.

Bandar Pintar

Ada terletak di dalam Koridor Raya Multimedia, dan sejajar dengan Kerajaan inisiatif e-Government, Putrajaya adalah juga membangunkan sebagai satu bandar pintar. Teknologi-teknologi multimedia akan menjadi siap diatur untuk memudahkan komunikasi dan interaksi antara pejabat-pejabat Kerajaan, antara Kerajaan dan masyarakat perniagaan, serta antara Kerajaan dan penduduk setempat dan orang awam.