Sejarah Melaka Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka.Pemerintahan Jajahan Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia. Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka dikenali sebagai sebuah negeri yang mendahului dari segi kajian dan kemajuan di dalam industri bioteknologi, perubatan, perniagaan, sains, teknologi dan komuniti industri. Sumber semulajadi Melaka terletak di Barat Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Selat Melaka. Ianya terletak di antara Negeri Sembilan dan Johor,dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin. Negeri Melaka adalah tanah yang popular dengan pelbagai populasi seperti Melayu, Cina, India, Peranakan, Chitty, Portugis, dan juga Urasia. Populasi ini memberikan kesan yang besar di dalam meningkatkan kekayaan percampuran budaya, termasuklah dari segi pemakanan. Pada zaman kegemilangan Melaka dahulu, Melaka menjadi bandar yang maju dalam dua cabang iaitu industri dan perlancongan. Melaka telah berjaya menarik pelabur-pelabur luar dari seluruh negara untuk melabur dan bekerjasama dalam pelbagai jenis industri. Ini juga memberikan kesan yang besar dan kejayaan luar biasa dimana lebih daripada 500 pekilangan dan pemaju-pemaju kilang dari Singapura, Jepun, Taiwan, Jerman, Amerika Syarikat, dan banyak lagi telah menetapkan kilang-kilang mereka di Melaka. Ia telah menawarkan peluang yang luas dalam pekerjaan dan pengetahuan kepada masyarakat kita dan ianya juga boleh membawa kearah pencapaian Melaka pada tahun 2010. Selain daripada kemajuan ekonomi dan perlancongan Melaka, sistem pendidikan yang terkini juga merupakan faktor utama didalam kejayaan Melaka. Pendidikan dan teknologi maklumat memainkan peranan didalam meningkatkan perkembangan kemajuan Melaka di Bandar ini. Sebagai negeri yang pesat membangun, kerajaan Melaka memberikan sokongan penuh di dalam sistem pendidikan negeri ini di mana ia akan meneruskan usaha bagi meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran melalui teknologi multimedia yang canggih. Selain dari itu juga, dengan adanya program pendidikan luar negara, beberapa pelajar luar juga akan tertarik untuk menyambung pelajaran di Melaka kerana sistem pendidikan di sini menyediakan institusi-institusi yang mencukupi dan memadai. Tempat Menarik
|
Blog ini memberi maklumat tentang tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Malaysia. Juga memberi maklumat tentang tempat pelancongan dan tempat bersejarah di negara ini.
PENGUMUMAN
Sunday, June 6, 2010
Bandaraya Bersejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment