Iklim sejuk, ladang strawberi dan teh serta bangunan gaya Tudor di stesen peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti untuk anda nikmati di Tanah Tinggi Cameron, pusat peranginan tanah tinggi yang terbesar di Malaysia.
Bersiar-siar melalui perkampungan yang menarik, melawat taman rama-rama, ladang lebah dan strawberi serta ladang teh yang terhampar luas atau nikmati makanan lazat yang dihidangkan di restoran gaya Tudor - semua aktiviti yang menyeronokkan dan menenangkan tersedia di sini untuk anda.
Cuaca nyaman di sini memang tidak dapat ditandingi. Luangkan beberapa hari di sini, jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah dan anda pasti kembali segar untuk percutian anda seterusnya. Salah satu aktiviti popular di Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highlands ialah menikmati hidangan air teh dan biskut 'scone'.
Tradisi asli Inggeris ini bermula di zaman penjajahan British apabila para pegawai Inggeris menggunakan lokasi di tanah tinggi ini sebagai tempat berehat yang jauh dari kehangatan cuaca di tanah rendah. Aktiviti memerhati burung dan menyusuri trek di hutan juga amat popular di kalangan pelawat di sini.
Tanah Tinggi Cameron yang terletak 1,500 meter dari aras laut mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Tempat ini juga mudah dikunjungi.
Anda boleh tiba di Tanah Tinggi Cameron kurang dari sejam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan atau kira-kira 3 1/2 jam perjalanan sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur.
Pengangkutan
Tanah Tinggi Cameron boleh dihubungi menerusi Tapah atau lebuhraya baru di Simpang Pulai. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, susur keluar di Simpang Pulai dan ambil masa tambahan selama 45 minit sebelum sampai di utara Tapah dari Lebuhraya Utara-Selatan. Jalanraya ke Tanah Tinggi Cameron dari laluan ini adalah lebih mudah dan selesa berbanding laluan dari Tapah.
Perkhidmatan bas dan teksi boleh diperolehi dari Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur dan perjalanan bas ini akan melewati pekan Tanah Rata. Anda juga boleh menaiki keretapi hingga ke Tapah, kemudian meneruskan perjalanan anda dari Tapah dengan teksi atau bas.
Untuk Mendapat Maklumat Terperinci
Penginapan
Tanah Tinggi Cameron telah berkembang pesat di dalam masa beberapa tahun yang lalu dari segi tempat penginapan untuk pengunjung. Kini, pelawat boleh memilih antara pelbagai jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang.
Tempat Menarik Yang Patut Anda Kunjungi
bila lah agaknya nak sampai C.H...teringin nak makan strawberry byk2..n kutip sayur..hehehe..
ReplyDelete