Penaja Kami

PENGUMUMAN

Tuesday, June 1, 2010

Pulau Sibu


Pulau Sibu merupakan sebuah destinasi terasing yang menawan dengan tumbuhan subur menghijau, pantai keemasan yang bersih serta air laut yang jernih membiru. Terdapat juga gua-gua yang diukir ombak laut. Pukulan ombak tanpa henti membentuk mukabumi pinggiran pantai yang kasar namun mempesona.

Laut di sekeliling Pulau Sibu mengandungi terumbu batu karang yang dipenuhi hidupan laut yang berwarna-warni. Tidak jauh dari pantai Pulau Sibu juga terdapat beberapa tapak kapal karam. Pada zaman dahulu, tongkang-tongkang Cina dan kapal lanun kerap bertembung di perairan ini, dan peninggalan pertembungan ini terdapat di merata dasar laut di sini.

Kemudahan dan kelengkapan untuk aktiviti-aktiviti menyelam, snorkel, papan layar, kapal layar dan memancing tersedia di sini. Pelancong boleh mengembara merentas hutan menuju ke hutan paya bakau atau melawat kelong ikan dan jeti di mana ikan bilis ditangkap. Pelancong juga boleh melawat ke kampung untuk melihat sendiri bagaimana buah kelapa dipetik dan dikeringkan untuk dijadikan kopra.

Tips
Jika anda membawa anak-anak atau sekiranya anda bukan perenang yang bagus, anda disarankan supaya menghadkan aktiviti anda di pantai barat pulau ini di mana air laut lebih tenang dan tidak terdedah kepada Laut Cina Selatan.
Top
Pengangkutan
Jalan Darat dan Laut
Untuk ke Pulau Sibu, anda boleh menaiki bot dari jeti Tanjung Leman di selatan Mersing. Dari pekan Mersing, hala ke selatan melalui lebuhraya Mersing - Kota Tinggi (Lebuhraya 3) sejauh kira-kira 44 km dan belok ke kiri. Jalanraya tersebut akan melewati kawasan ladang kelapa sawit dan agak sempit dan berbelok-belok di sesetengah tempat. Dari Johor Bahru, hala ke pekan Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi, tuju ke utara menggunakan jalanraya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3) sejauh 48 km dan belok ke kanan di persimpangan yang sama seperti di atas. Pulau Sibu terletak sejauh 20 minit perjalanan bot dari jeti Tanjung Leman.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Sibu, sila hubungi Pusat Penerangan Taman Laut Johor di talian 607-7991161 atau Pusat Penerangan Pelancongan Mersing di talian 607-7995212.
Top
Penginapan
Kemudahan penginapan di pulau ini terdiri dari calet mewah yang lengkap hingga pondok asas. Terdapat juga restoran-restoran yang menyajikan hidangan Asia dan Barat.

1 comment:

  1. info yang menarik..agak2 kalau nak bajet untuk ke pulau ni 2 ari 1 mlm berapa ea?

    ReplyDelete