Penaja Kami

PENGUMUMAN

Friday, July 30, 2010

Gua Tempurung


Sejarah Gua Tempurung

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Gua Tempurung

Gua Tempurung, yang merentasi 1.3 km dipercayai telah dihuni oleh manusia seawal 8000BC.

Gua ini dikatakan mempunyai gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di kawasan Gopeng, 24 km ke selatan Ipoh.

Gua ini membentuk lima bucu (dome) yang siling atasnya berbentuk tempurung kelapa, dengan setiap bucu mempunyai pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit.

Bucu ini juga berbeza antara satu yang lain tergantung kepada suhu, paras air dan kandungan batu kapur dan marmar.

Laluan Untuk Ke Gua Tempurung

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuh raya Utara Selatan ataupun jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng , belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.

Pemandangan Menarik Menanti Anda Di Gua Tempurung

11 comments:

  1. camtu pulak kat dlm gua ni ye..slalu jln ikut hway aje :)

    ReplyDelete
  2. Yer memang cantik sangat keindahan kat dalam sana..ada peluang datanglah

    ReplyDelete
  3. lama dah teringin nak pi tapi lum ada kesempatan.... *sigh* padahal ipoh-manjung bukan jauh pun....

    ReplyDelete
  4. wahh...best tol...
    bila la nk menjejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
  5. wuaaaa....cantik2!nasib baik takde gambar mambang dalam gua tue

    ReplyDelete
  6. cantik sangat2 rugi kalo tak pergi...

    ReplyDelete
  7. cantiknya pemandangan dlm gua..klu dpt photoshoot mesti best nih..

    ReplyDelete
  8. salam
    pernah juga masuk kesini beberapa tahun dulu ..memang cantik pemandangan dalm gua..tp seram juga

    ReplyDelete
  9. gua tempurung ni dekat je dgn rumah saya cuma 10 minit perjalanan saje. selalu gak bawak anak² main kat sekitar gua. masuk tak pernah la. takut bawak anak².

    ReplyDelete
  10. mmg best and adventure caving kt sini,..last year pi trip under kelab sukan opis walaupun first time...mmg seronok,mengenali stalagtit and stalagmite!

    ReplyDelete