Penaja Kami

PENGUMUMAN

Sunday, September 19, 2010

Semporna



Semporna adalah sebuah pulau yang besar. Ia dihubungkan ke tanah besar dengan Jambatan Pegagau. Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Lo merasmikan pembukaan jambatan tersebut pada awal tahun 1965. Sebutan yang betul bagi Semporna ialah Sampulna' mengikut gaya percakapan kaum Bajau tempatan. Begitu juga dengan nama-nama pulau seperti Sibuan (disebut Sibuun), Sipadan (disebut Siparan), Mabul (disebut Mabbul) dan lain-lain.



Pulau Bum-Bum terkenal dengan pantainya yang landai menyebabkan ianya menjadi tempat pembiakan ketam yang subur. Produk ketam pulau ini (seperti isi ketam dan bebola ketam) dieksport hingga ke luar negeri.Daerah Semporna sebenarnya kurang dikenali berbanding Pulau Sipadan walaupun pulau ini terletak dalam daerah Semporna. Selalunya Pulau Sipadan dirujuk kepada 'Sipadan - Sabah' atau 'Sipadan - Tawau' kerana di bandar-bandar besar Sabah terdapat banyak agensi pelancongan yang mempromosikannya.

Semporna merupakan daerah paling hujung di Malaysia. Ia bersebelahan dengan persempadanan antarabangsa Negara Filipina dan Indonesia. Oleh sebab itu penduduk disini agak unik kerana telah bercampur-gaul dengan suku bangsa Filipina dan Indonesia dan menyebabkan bahasa dan budaya di sini berwarna-warni. Dari jeti di pekan Semporna, anda cuma perlukan 1 jam sahaja lagi untuk belayar ke selatan Filipina.

Terdapat 49 buah pulau di Semporna, namun kebanyakkannya tidak dihuni.Dua buah pulau yang terkenal disebabkan pertikaian kedaulatan Malaysia-Indonesia ialah Pulau Ligitan dan Sipadan. Pada tahun 2002, pihak Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan yang kedua-dua pulau ini milik Malaysia. Untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi dasar laut Pulau Sipadan, Kerajaan Malaysia telah memutuskan yang semua bahan binaan buatan manusia di bongkar dan dikosongkan pada tahun 2004. Kini Pulau Sipadan benar-benar menjadi 'syurga' para penyelam.

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Semporna pasti tidak akan melupakan pengalaman menikmati makanan laut yang segar di sini. Sejak dahulu lagi Semporna memang terkenal sebagai pengeluar bahan laut yang berkualiti tinggi. Antara bahan laut yang agak 'ganjil' tetapi istimewa disini ialah 'ikan bolong', 'ikan belawis (laimang)', 'ikan buntal', 'kamun (udang mantis)', 'kahanga (siput laut)', 'kima (kerang gergasi)', ikan tuna (yellowfin and bluefin), sirip ikan jerung (sharkfin) dan banyak lagi. Sifat perairan Semporna yang tenang tanpa gelombang di Lautan Sulu ini merupakan tempat spesis-spesis ini membiak. Malah ada juga spesis dari Australia yang hanya datang ke sini untuk bertelur sahaja setiap tahun. Begitu juga dengan penyu yang pelbagai spesis turut mengunjungi pantai pulau-pulau Semporna untuk bertelur.

Semporna merupakan pusat penternakan mutiara dan rumpai laut terbesar di Sabah. Produk ini dieksport hingga ke luar negeri.

'Payau' merupakan bahasa tempatan merujuk kepada rusa. 'Nasi Payau' merupakan juadah istimewa yang boleh dipesan di restoran tempatan Semporna. Nasi payau (Nasi daging rusa) dihidangkan dengan nasi putih dan hirisan tipis daging rusa masak halia. Selain menu ini, anda digalakkan untuk mencuba 'kuehtiow basah - seafood' dan 'ikan belawis masak sup-sayur'.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment